Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil

Assalamualaikum, hai semua. Alhamdullilah, kali nie rezeki kami sekeluarga terpilih berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil. Lama betul ya tak berniaga kat dalam Stadium Bukit Jalil nie, kali terakhir sebelum kita PKP dulu ada lah, itupun tapak level 4. Tapak atas sekali, jenuh peluh tiak angkut barang tau. Tibat lahom tak nak dah level atas, letih gila habaq hang. Kali nie rezeki dapat berniaga Final Piala Malysia kat Pintu C di Stadium Bukit Jalil nie, lega sangat-sangat..

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jali
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil


Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil

Selalunya kami peniaga stadium nie memang kalau boleh nak niaga atau dapat tapak kat level 3. Tak perlu nak hangkut barang-barang niaga ke atas sebab penat sangat. Angkut guna tangga tau, dan kalau korang perasan lah tangga kat Stadium Bukit Jalil tu semua mecanak tinggi macam tu, rasa nak pengsan kalau kena ulang alik banyak kali. Tapi jangan tak tau ada ja peniaga yang suka niaga level 4 tu. Lagi pun depa masih muda-muda lagi..

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jalil
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil

Sebabkan lama dah tak niaga kat Stadium Bukit Jalil, dah ada syarat baru dan harga jualan yang baru. Jadi semua peniaga kena ikut lah semua yang dah ditetapkan tu. Banyak kali juga lah Kak Sue tersasul-sasul sebut harga, siap kena jeling debgan customer tau. Disebabkan kita mencari rezeki makanya sod bha rho lah kita hendaknya.. hehehe..

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jalil
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jalil

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jali
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C Stadium Bukit Jalil

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jalil
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil

Niaga stadium nie memang modal kasar juga tapi agak berbaloi kalau kena dengan crowd dan tapak niaga. Fan pun main peranan juga sebab kalau dari sebelah Pantai Timur kita kena lebihkan makanan berat sikit. Macam Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Hoon Goreng dan lain-lain. Kalau belah KL, Selangor, atau Selatan nie tak kisah sangat. Ada bebola, burger dan keropok pun cukup dah. Tapi ada jugak lah belah Selatan nie mencari makanan berat juga, ikut selera masing-masing.

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jalil
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jalil
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jalil
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil

Kali nie niaga boleh tahan juga lah rezekinya walaupun ada barang yang tak habis. Tapi tetap lah kami bersyukur. Dapat lah menampung mana yang tak cukup memandangkan sekarang nie ekonomi baru nak stabil kan.

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jalil
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jalil
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C  di Stadium Bukit Jalil
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil

Apapun, tahniah pada team JDT menjadi juara Final Piala Malaysia 2022. Tak lupa juga tahniah untuk team Selangor kerana layak ke Final Piala Malaysia kali ini. Ada rezeki kita jumpa lagi next game. Biiznillah, papai!




Post a Comment

1 Comments

  1. haus plak tgk air balang tu...air biru tu air apa??

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️